Rabu, 7 Mei 2014

DUNIA SETERUSNYA

APAKAH KELEBIHAN SOLAT? 1- dimurahkan & diberkati rezekinya. 2-diangkat azab kubur 3-mendapat buku catatan amalan dari kanan 4-melintas titian sirat sepantas kilat 5-masuk syurga kena hisab. 1-harta banyak tak semestinya berkat. kadang2 duit ribu-ribu pun tak pernah puas. nak lagi. lahawlawalaquwataillabillah. ada orang gaji ratus sahaja. anak ramai. tapi berkat. cukup je. 2-kubur adalah persinggahan ujian yang dasyat. gagal kubur, gagallah seterusnya. carilah maklumat tentang dasyatnya azab kubur ye. 3-buku amalan yan diterima dari sebelah kanan bermakna kejayaan pasti memasuki syurga dengan rahmatNya. kalau sebelah kiri, penerima itu akan mencela dirinya 'celakalah aku' 'binasalah aku'. dia akan mengorek badannya sendiri dari arah belakang badannya menggunakan tangan kirinya untuk menerima buku catatan amalannya itu. astaghfirullah. 4- titian sirat LEBIH tajam dari rambut dibelah 7. ada tak pisau boleh belah rambut jadi 7 nipisnya? titian sirat 1500 tahun perjalanan tuan2. bukan panjang jambatan pulau pinang. bawah api neraka yang mengganas menyambar pejalan di atasnya. dah la tajam, panjang pula, ada api menyambar pula. agak2 boleh selamat tak? 5-masuk syurga tanpa hisab. tuan2 yg dimuliakan, semua apa yg kita ada, kita kecap nikmatnya akan dihisab, ditanya oleh Allah swt. rumah, kereta, duit 10 sen yg ada, baju, kopiah, periuk, atap rumah, tikar, pagar rumah, laptop, paku dalam laci...segala2 yg kita miliki. tidak akan terlepas dari pertanyaan Allah swt. satu biji paku tu saja ambil masa 500tahun Allah tanya. itu baru barang2/harta. belum ditanya nikmat2 yg Allah swt bagi. nikmat sihat, dapat sedut oksigen, telinga, kaki, kuku, paru2, ada keluarga, dapat melihat, bercakap, nasi kita makan, air..semua akan ditanya/dihisab. agak2 selamat? satu perkara koman2 paling sikit ambik masa 500 tahun ditanya. yang tanya bukan bos, bapa, polis, hakim peguam..tapi siapa? Allah swt. jadi jagalah solat. Nabi sangat2 berkehendakkan sehingga sampai detik ajalnya pun sempat baginda berpesan 'ummati solat, ummati solat'. jadi, jagalah solat sehabis baik. jangan solat ikut nafsu, otak, ikut kesediaan masa sesuai. utamakan Allah. Allahhu Akbar kita kata kann. buktikanlah. kerja2, urusan dunia tinggalkan terus bila dengar azan, masuk waktu. yg terbaik, belum azan dah atas sejadah. beginilah yg nabi nak. Solat di awal waktu, tempat diazankan & berjemaah + khusyuk. Bukan ikut masa/nafsu/kesesuaian kita tuan2. nak dapat 5 perkara di atas tadi, memang xda jalan lain. kena jaga solat mcm ni. cara nabi tunjuk. bukan solat cth zohor kat rumah pukul 3:15 petang. nauzubillah. Semua sedia ubah InsyaAllah ya. renung2kan... (pesanan ini untuk diri saya terutamanya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DALAM SEWAAN

NAVARA 1- ENCIK ROSDI B. MAT (1-30 APRIL 2014)
NAVARA 2- PUAN WONG MEI LEE (1 MAC - 30 MEI 2014)
NAVARA 3- ENCIK MICHAEL DOUGLASS (22-29APRIL 2014)
NAVARA 4- SEDIA DITEMPAH (AVAIABLE)

PROTON WAJA 1- ENCIK LOKMAN B. DANDAN (12-26 APRIL 2014)
PROTON WAJA 2- CIK SITI ROHAYU BT. BORHAN (30 MAC-30 MEI 2014)
PROTON WAJA 3- SEDIA DITEMPAH (AVAIABLE)
PROTON WAJA 4- SEDIA DITEMPAH (AVAIABLE)

PROTON SAGA FLX 1- CIK MAIMUN BT. ROSLAN (1-30 APRIL)
PROTON SAGA FLX 2- PUAN AISYAH BT. ZAINAL (23-30 APRIL)
PROTON SAGA FLX 3- CIK SALINA BT. AMIT (23 APRIL - 14 MEI)
PROTON SAGA FLX 4- SEDIA DITEMPAH
PROTON SAGA FLX 5- SEDIA DITEMPAH